Apple dijangka memperkenalkan set kepala tersendiri dengan fokus terhadap realiti-terimbuh pada tahun 2022 kelak, dan menyasarkan untuk menjadi antara peranti utama yang digunakan ramai dan penyumbang pendapatan kepada syarikat, seperti mana iPhone pada hari ini.
Berkongsi lanjut berkenaan dengan set kepala ini, melalui perkongsian melalui Bloomberg, set kepala ini dijangka akan memfokuskan kepada arena permainan video, menikmati media dan juga komunikasi untuk peringkat awal.
Perkara ini sedia diberikan perhatian oleh Apple melalui penawaran AR mereka sejak beberapa tahun lepas, dan mengetengahkan fokus terhadap penggunaannya dalam arena permainan.
Disamping itu, ia juga akan membawa kepada revolusi komunikasi – ketika era penggunaan zoom pada masa kini.
Mengikut laporan sebelum ini, set kepala Apple dijangka menawarkan tenaga pemprosesan tinggi seumpama Mac, selain paparan yang baik dan grafik berkuasa.
Sama-sama kita nantikan tahun 2022 untuk melihat apakah kejutan Apple melalui set kepala AR mereka pada tahun hadapan.