Ameca Ialah Robot Yang Mempunyai Mimik Wajah Seakan Manusia

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam filem Blade Runner dan Alien, android berjaya dihasilkan sehingga sukar dibezakan dari manusia sebenar. Android seperti dalam filem-filem sains fiksyen ini masih belum menjadi realiti tetapi ia sedang dibangunkan secara aktif. Ia semakin hampir menjadi realiti dengan wujudnya Ameca, sebuah robot yang dibangunkan oleh Engineered Arts.

Ameca mampu mengajuk raut wajah manusia seperti terkejut, sedih dan gembira. Dalam video pendek yang dikongsi oleh Engineered Arts, Ameca ditunjukkan seperti sedang bangun dari tidur sebelum terkejut melihat orang sekeliling. Engineered Arts berkata Ameca ialah robot yang mampu mempamerkan emosi paling realistik pernah dihasilkan. Bagi yang ingin melihat Ameca, ia akan diperlihatkan secara rasmi di acara CES 2022 yang berlangsung di Las Vegas Januari hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami