Cari @ Amanz

Dengan Setel pelanggan stesen PETRONAS boleh melakukan pembelian minyak secara nirtunai tampa perlu keluar dari kereta. Bayar menggunakan aplikasi dan pilih pam minyak yang dipaparkan. Kini Setel melancarkan pula ciri Setel Share bagi memudahkan proses pengguna membayarkan pula pembelian minyak di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi Setel Share, pengguna boleh menambah sehingga dua lagi ahli keluarga ke dalam dompet digital Setel mereka. Dengan dompet digital yang dikongsi, dana boleh dimasukkan dan dikongsi oleh semua pengguna. Selain itu mata menggunakan kad Mesra juga boleh dikumpulkan sekali untuk ganjaran yang lebih besar.

Sempena pelancarkan ciri terkini ini, cabaran ‘Refer-a-Friend Challenge’ akan perlangsungan dari hari ini sehingga 31 Disember 2021.Setel mengajak para pengguna untuk mendapatkan lencana istimewa untuk meraih lebih banyak ganjaran serta kredit bonus sehingga RM50,000 bagi rujukan yang berjaya dibuat. Untuk menggunakan ciri Setel Share, aplikasi perlu dikemaskini ke versi 1.84 menggunakan Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Setel Share sila ke pautan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd