Cari @ Amanz

Pada hari ini, sejumlah kenderaan menyertakan integrasi pintar sistem daripada Apple atau Google – memudahkan pengguna menghubungkan peranti ke kenderaan, dan menikmati sejumlah kawalan tambahan pintar.

Masing-masing menawarkan sistem dinamakan Apple CarPlay dan juga Android Auto.

Sehingga hari ini, tiada kereta keluaran Perodua yang menyokongnya secara terbina – tetapi perkara berkenaan dijangka berubah pada tahun hadapan.

Melalui Mekanika, menurut CEO Perodua, ramai pelanggan yang bertanya berkenaan dengan penawaran ciri Apple CarPlay, dan mereka menyasarkan untuk mengintegrasikan ciri berkenaan seawal mungkin, berkemungkinan pada Alza baharu tahun 2022 kelak.

Apa pun, buat masa ini, ia sekadar komen awal, dan perancangan berkenaan dengannya mungkin berubah. Namun, ia agak menarik untuk melihat Perodua sudah melihat kepada integrasi sistem inforia pintar popular pada kenderaan keluaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd