OPPO Dilihat Memperkenalkan OPPO Reno 7 Pro Edisi Terhad League of Legends Untuk Pasaran China

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OPPO dilihat sedang mara dalam industri e-sukan permua dengan pelbagai penawaran peranti mereka, dan terkini mereka dilihat bekerjasama dengan Riot Games untuk hadir dengan penawaran yang cukup menarik, khususnya bagi mereka yang meminati permainan League of Legends.

OPPO Reno 7 Pro League of Legends Edition ialah peranti Oppo Reno 7 Pro yang hadir dengan rekaan bertemakan permua League of Legends yang cukup cantik sekali, khususnya dengan rangka belakang dengan permukaan hitam matte dan juga hadir dengan bingkai tepi yang berubah warna kilatannya apabila dilihat pada sudut yang berlainan. Ia juga memperlihatkan logo L League of Legends supaya orang ramai tahu bahawa ia adalah peranti khas League of Legends.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dikuasakan oleh CPU MediaTek Dimensity 1200 yang terbaru dengan penawaran memori dan storan 12GB dan 256GB storan. Ia digerakkan oleh sistem operasi Android 11 dan juga menggunakan antaramuka ColorOS 12.

Dari segi paparan, ia hadir dengan paparan AMOLED 6.55 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh permua tersebut.

Selain daripada rekaan khas, OPPO juga dilihat akan memberi aksesori-aksesori tambahan didalam kotak OPPO Reno 7 Pro League of Legends Edition ini seperti lanyard, pelekat dan rangka peranti dengan tema League of Legends.

Peranti ini akan mula dijual pada 10 Disember di pasaran China pada harga 3999 yuan ataupun sekitar RM2650 bermula 10 Disember. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi sekiranya peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Sumber: OPPO China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami