iPhone Boleh Menunjukkan Peranti Menggunakan Alat Ganti Asli Menerusi Kemaskini iOS 15.2

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara kerisauan setiap pengguna telefon pintar ialah ianya rosak ketika diperlukan. Peranti kemudiannya dihantar ke pusat alat ganti berhampiran dengan kepercayaan bahawa alat ganti asli akan digunakan. Namun begitu masalah alat ganti murahan digunakan telah lama berlarutan sehingga membebankan pengguna kerana ia kemudian rosak semula selepas tempoh jaminan. Menerusi kemas kini iOS 15.2 kelak, isu penggunaan alat ganti palsu akan dapat diselesaikan .

Pemilik iPhone boleh melihat keaslian komponen gantian yang digunakan terus dari pilihan About pada skrin tetapan. Komponen yang digantikan akan disenaraikan bersama dengan statusnya. Jika ianya asli teks Genuine Apple Part akan dipaparkan. Sekiranya ia adalah palsu, pernah digunakan pada peranti lain atau tidak berfunsi seperti sepatutnya, perkataan Unknown Part dengan ikon tanda seruan akan dipaparkan. Kesemua ini disenaraikan di bawah menu Parts and Service History yang muncul apabila iOS 15.2 mengesah komponen asal peranti telah mengalami perubahan dari yang dikilangkan.

Pada iPhone XR, XS, XS Max, dan iPhone SE (Gen 2) hanya maklumat keaslian bateri akan dipaparkan. Pada iPhone 11 maklumat keaslian bateri dan skrin akan dipaparkan. Pada iPhone 12 dan iPhone 13 pula, maklumat keaslian bateri, skrin dan modul kamera dapat dilihat. Dengan ciri ini isu penggunaan komponen gantian palsu atau yang dikitar semula dari iPhone yang dicuri akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Sumber Apple

komen


© Amanz / 2022 Kami