Oppo Umum Nama Rasmi Telefon Boleh-Lipat Mereka – Oppo Find N

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo hari ini mengumumkan secara rasmi ama telefon pintar boleh-lipat mereka, iaitu Oppo Find N.

Oppo mengatakan mereka telah membangunkan ia selama 4 tahun sejak prototaip pertama, sekaligus mengoptimasikan ia untuk pengalaman yang baik untuk pengguna.

Gambar awal yang dikeluarkan memperlihatkan rekaan tepi perani berkenaan selepas dilihat, yang kelihataan agak moden dan kukuh, selain skrin yang melekap antara kedua-dua tanpa sebarang ruang kosong.

Oppo menjadualkan pengenalan telefon Oppo Find N ini secara rasmi pada 15 Disember, dimana lebih banyak maklumat dijangka dikongsikan, termasuk harga jualannya kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami