Realme 9 dijangka diperkenalkan pada separuh pertama 2022 dan terdapat sekurang-kurangnya empat model yang mungkin diumumkan kelak. Salah satu daripadanya adalah Realme 9i dan spesifikasinya telah tertiris menerusi laporan terkini oleh 91 Mobiles dan OnLeaks. Peranti ini dikatakan hadir dengan skrin LCD berukuran 6.6-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Panel hadapan adalah sejenis rata dengan rekaan skrin berlubang untuk peletakan kamera swafoto.
Seterusnya, Realme 9i juga dikhabarkan sebuah peranti dengan janaan cip Snapdragon 680. Di samping itu, ia juga dipadankan dengan GPU Adreno 610, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan melalui kad microSD. Bukan itu sahaja, peranti ini juga akan mempunyai sistem tri- kamera di belakang dengan tetapan sensor 50MP + 8MP + 2MP. Kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP yang boleh digunakan untuk panggilan video dan tangkapan gambar swafoto.
Melengkapinya, bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Lain-lain spesifikasi adalah sokong pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, menjalankan Android 11 berasaskan antara muka RealmeUI 2.0 dan sebagainya. Dari segi reka bentuk, Realme 9i dilihat menyerupai sebuah OnePlus Nord 2 dengan perbezaan pada susunan lensa di belakang. Kemasan untuk panel belakangnya bagaimanapun dikhabarkan hadir dengan elemen serba baru yang mungkin digelar sebagai Stereo Prism.
Sumber : 91Mobiles X OnLeaks