Luno hari ini berkongsi perkembangan syarikat, mengatakan kini mereka mempunyai lebih 600,000 pengguna di Malaysia. Ia sekaligus memperlihatkan perkembangan sihat syarikat berkenaan, dimana angka pengguna adalah hanya sekitar 180,000 pelanggan pada November 2020 lepas.
Secara keseluruhan Luno mengatakan mereka menyimpan aset digital berjumlah RM2 bilion, yang melibatkan pelbagai kriptowang yang ditawarkan, termasuk Bitcoin, Ethereum, XRP, Litecoin dan Bitcoin Cash.
Dari segi transaksi (melibatkan deposit, pengeluaran, pengiriman dan penerimaan), Luno telah memproses sejumlah RM12 bilion pada tahun ini sahaja – sekaligus menyaksikan permintaan ke arena kriptowang ini semakin meningkat dari hari ke hari.
Bergerak ke hadapan juga, Luno sedang melihat dalam memperluaskan lagi pelbagai program dalam mendidik orang ramai berkenaan kriptowang di Malaysia.