Cari @ Amanz

Vivo V23e akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Melaluinya, ia hadir dalam dua variasi berbeza iaitu Vivo V23e dengan janaan cip MediaTek Helio G96 dan Vivo V23e 5G yang dilengkapi MediaTek Dimensity 810. Bagi yang berminat, Vivo V23e ditawarkan pada harga RM1399. Sementara itu, Vivo V23e 5G pula berharga RM1599.

Sesi pratempah telah dibuka bermula hari ini -17 Disember dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM599 untuk Vivo V23e 5G, manakala RM459 pula untuk pembelian Vivo V23e. Ia boleh didapati menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi Vivo, Lazada, Shopee dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

Warna : Sunshine Coast

Untuk spesifikasi khusus, Vivo V23e menggunakan skrin berukuran 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 X 1080 piksel). Selain daripada cip MediaTek Helio G96, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia juga menyokong tambahan RAM maya sehingga 4GB.

Kamera utama adalah 64MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 50MP. Melengkapinya juga adalah bateri sebesar 4,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.1, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Warna : Moonlight Shadow

Vivo V23e 5G pula dilengkapi skrin 6.44-inci AMOLED beresolusi FHD+ (2400 X 1080 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Di samping itu, ia juga menyokong RAM maya mencapai 4GB.

Bateri pula adalah sebesar 4,050mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 44W. Tetapan kamera terdiri dengan 50MP + 8MP + 2MP di belakang, manakala kamera swafoto pula sebesar 44MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.1, port sambungan USB-C dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd