AMD Dijangka Akan Menggunakan Khidmat Proses 4nm Samsung Untuk Mengilangkan APU Chromebook

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah dilihat menguasai pasaran CPU komputer desktop dan komputer riba, AMD dilihat mahu menambahkan penguasaan mereka dalam industri komputer Chromebook pula.

AMD secara lazimnya menggunakan khidmat TSMC dan juga GlobalFoundries untuk mengilangkan cip-cip pemprosesan mereka, tetapi untuk cip APU Chromebook mereka, syarikat pembangun cip semikonduktor ini dijangka akan menggunakan khidmat Samsung untuk sektor tersebut.

Secara khususnya, AMD akan menggunakan khidmat pembuatan cip 4nm 4LPP mereka untuk membangunkan APU tersebut. Dengan penggunaan proses ini, ia dijangka bahawa AMD boleh juga menawarkan cip pemprosesan yang berprestasi tinggi, tetapi juga hadir dengan jangkahayat bateri yang panjang, sama seperti peranti-peranti Chromebook yang diperlihatkan di pasaran sekarang, menggunakan cip pemprosesan yang menggerakkan sistem operasi ChromeOS.

Samsung dijangka akan mula membuka proses tersebut untuk binaan cip-cip pemprosesan terbaru menjelang penghujung tahun 2022 kelak, dimana kita mungkin akan melihat peranti Chromebook yang digerakkan cip pemprosesan AMD sekitar awal 2023 kelak.

Dalam pada itu, AMD juga dijangka akan menggunakan khidmat pembuatan cip pemprosesan menggunakan proses 3nm Samsung di masa akan datang. Ia masih tidak diketahui apakah yang akan dibangunkan menggunakan proses ini, tetapi oleh kerana ia masih jauh di masa akan datang, kami pasti butiran mengenainya akan diperlihatkan kelak.

Sumber: TechPowerUp

komen


© Amanz / 2022 Kami