Luno Malaysia Akan Memudahkan Organisasi Dan Institusi Membuka Akaun Pada Awal 2022
December 9, 2021
Rantaian Blok
Aman
Luno pada hari ini masih mengehadkan penawaran membuka akaun pada platform mereka kepada akaun individu sahaja. Namun, perkara berkenaan dijangka akan berubah pada awal 2022 kelak.
Menjawab pertanyaan berkenaan sokongan untuk akaun organisasi atau institusi, Luno Malaysia mengatakan mereka menyasarkan pengenalan ciri berkenaan pada suku pertama 2022 kelak.
Dengan langkah ini, pelbagai syarikat atau organisasi turut menambah aset digital dibawah pegangan mereka. Pada hari ini, beberapa syarikat antarabangsa sedia menambah pegangan aset digital, termasuk Tesla.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.