Xiaomi Redmi Watch 2 Lite Boleh Didapati Pada Harga RM199 Pada 12.12 Ini
December 9, 2021
Redmi
Xiaomi
Aman
Xiaomi hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran Redmi Watch 2 Lite untuk pasaran Malaysia – selepas mengacahnya sebelum ini.
Redmi Watch 2 Lite hadir dengan skrin 1.55-inci berwarna dengan rekaan muka jam petak, menyertakan lebih 100 mod senaman, termasuk sensor SpO2, pengimbas nadi, pemantau corak hidup, dan juga pemantau kadar tekanan.

Jam tangan pintar ini hadir dengan ketahanan bateri selama 10 hari, serta menyertakan sokongan kalis air 5ATM.
Di Malaysia, Redmi Watch 2 Lite akan ditawarkan pada harga RM249, tetapi bersempena 12.12, ia boleh didapati pada harga RM199.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.