New Zealand Mengharamkan Pembelian Rokok Kepada Mereka Yang Lahir Selepas 2008

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rokok membahayakan kesihatan dan sudah difatwakan haram oleh Majlis Ugama Islam. Namun begitu penjualannya secara terbuka masih dilakukan di Malaysia walaupun ia berbahaya kepada masyarakat. New Zealand kini akan meluluskan undang-undang yang mengharamkan mereka yang lahir selepas 2008 dari memberi produk tembakau seumur hidup.

Undang-undang ini dijangka diluluskan pada tahun 2022 sebagai salah satu pelan jangka pendek untuk mengurangkan jumlah perokok di New Zealand ke 5% menjelang 2025. Pelan jangka panjang ialah untuk menghapuskan terus penggunaan produk tembakau. Selain mengharamkan pembelian, kandungan nikotin dalam rokok juga akan dikurangkan. Penjualannya di kedai runcit dan pasar raya juga akan dilakukan bagi menukarkannya dari dibeli.

Langkah drastik diambil kerana mengikut statistik 1 dalam 4 kes kanser di New Zealand adalah berkait rapat dengan penggunaan produk tembakau dan ia juga penyumbang tertinggi kepada kematian yang boleh dielakkan. Usaha mengharamkan penjualan produk tembakau telah dilakukan sejak sedekad yang lalu dan hanya kini membuahkan hasil. Walaupun produk tembakau diharamkan, penjualan rokok elektronik masih dibenarkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami