HUAWEI Service Carnival Kembali – Ganti Skrin Pada Harga Diskaun, Ganti Bateri RM99, Naik-Taraf HarmonyOS

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HUAWEI Malaysia kini sekali lagi membawa kembali HUAWEI Service Carnival untuk para pengguna dan penyokong HUAWEI. Melalui acara yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2021 ini, para pengguna tempatan boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik, promosi dan diskaun, termasuk mencuba pelbagai produk dan penawaran HUAWEI di pusat khidmat HUAWEI terpilih di seluruh negara.

Ganti Bateri Pada Harga RM99

Bercakap mengenai HUAWEI Service Carnival, semestinya ramai yang ingin mendapatkan peranti HUAWEI baharu, selain pada masa yang sama menambah-baik peranti HUAWEI yang sedang digunakan mereka.

Selari dengannya, HUAWEI menawarkan diskaun sehingga 60% untuk gantian komponen pada peranti seperti skrin atau kerangka belakang. Disamping itu, pengguna turut boleh melakukan gantian bateri pada harga serendah RM99, selain melanggan storan awan HUAWEI 50GB pada harga serendah RM1. Pelbagai baucar diskaun lain turut disediakan.

Pengalaman Mengasyikkan Menggunakan HUAWEI Vision S

Bagi para pengguna HUAWEI Vision S pula, HUAWEI turut menawrakan kemudahan naik-taraf ke HarmonyOS 2 (Beta), sekaligus menikmati sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.

HarmonyOS 2 Beta menawarkan kemudahan menghubungkan pelbagai peranti HUAWEI, sekaligus memberikan pengaalaman lebih menyeluruh. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh menikmati pengalaman sinematik di rumah ketika sedang menonton rancangan kegemaran.

Pengalaman tontonan juga akan lebih menarik dengan menghubungkan HUAWEI Vision S ke HUAWEI Sound Speakers. Disamping itu, anda juga turut boleh berkongsi kandungan skrin ke kaca televisyen, termasuk melakukan panggilan video antara peranti dengan hanya satu butang mudah.

Naik Taraf HUAWEI MatePad Dengan HarmonyOS

Bagi semua pengguna HUAWEI MatePad 10.4 dan juga MatePad 10.8, HUAWEI kini membawa berita gembira, dimana anda boleh menaik-taraf pengalaman tablet anda dengan HarmonyOS.

Anda ahanya perlu membawa tablet berkenaan ke mana-mana pusat servis HUAWEI ketika HUAWEI Carnival ini, dan seterusnya meminta mereka menaik-taraf ke HarmonyOS. Anda diminta untuk melakukan pendaftaran melalui laman rasmi HUAWEI terlebih dahulu, dan memuat-turun HUAWEI FUT ke tablet anda.

Selain daripada itu, anda juga boleh mencuba dan mendapatkan lebih info berkaitan produk dan perkhidmatan HUAWEI ketika acara Huawei Service Carnival 2021 penghujung tahun ini. Anda juga boleh pergi ke HUAWEI Experience Store yang terdekat, atau layari HUAWEI Online Store untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu HUAWEI seperti HUAWEI nova 9, HUAWEI Watch GT 3, dan sebagainya.

Semak HUAWEI Service Center terdekat

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami