Amazon Akan Menamatkan Laman Ranking Web, Alexa.com Pada Mei 2022
December 9, 2021
Web 2.0
Aman
Alexa.com merupakan salah satu laman yang menawarkan informasi berkaitan statistik, ranking, kata kunci terma dan sebagainya berkaitan sesuatu laman web di internet.
Setelah beroperasi lebih dua dekad, kini Amazon mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan laman web berkenaan pada Mei 2022 kelak.

Bagi pengguna dan pelanggan berbayar Alexa.com, anda boleh memuat-turun data anda daripada perkhidmatan berkenaan.
Sebab disebalik penamatan tidak diberitahu. Berkemungkinan besar adalah kerana Amazon ingin menggunakan laman berkenaan untuk menjadi pusat sehenti berkaitan pelbagai perkara melibatkan pembantu maya mereka, Alexa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.