Twitter Menguji Ciri Meletakkan Amaran Pada Video Dan Gambar Sensitif

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Laman media sosial digunakan untuk menyebarkan video dan gambar pelbagai peristiwa penting. Kerap kali kandungan yang dimuat naik tular kerana memaparkan kemalangan, kebakaran atau insiden yang ingin disebarkan bagi mendapatkan keadilan. Namun begitu terdapat sebilangan besar pengguna tidak mahu ternampak kandungan yang sensitif ini dari susur masa mereka. Twitter kini menguji ciri untuk melindungi pengguna dari melihat kandungan seperti ini secara tidak sengaja.

Apabila video dan gambar dimuat naik oleh pengguna, mereka boleh meletakkan label pada gambar sebelum ia dihantar. Pilihan yang diberikan ialah kandungan mempunyai unsur keganasan, lucah atau sensitif. Selepas dimuat baik ke susur masa, kandungan ini akan dikaburkan secara automatik dan hanya boleh dilihat apabila ia ditekan.

Sebelum ini Twitter telahpun mengaburkan gambar-gambar yang jatuh di bawah kategori yang sama tetapi memerlukan pengguna lain melaporkannya terlebih dahulu. Dengan adanya pilihan diberikan kepada pemilik akaun, masalah terpandang video kemalangan maut atau penderasan kanak-kanak yang boleh menjadi picu kepada emosi golongan tertentu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami