Carian
Samsung Merasakan Isu Kekurangan Cip Berterusan Sehingga Separuh Tahun Kedua 2022
December 9, 2021 Effi Saharudin

Kita sudah tiba ke penghujung 2021 dan isu kekurangan cip masih menghantui pelbagai industri dari telefon pintar, komputer, automotif dan fotografi. Minggu ini sahaja Sony dan Canon mengumumkan pengeluaran kamera digital mengalami kelewatan kerana tiadanya bekalan cip. Sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia, Samsung turut terkesan dan kini mereka meramalkan isu ini akan berterusan sehingga separuh tahun kedua 2022.

Samsung Exynos 9825

Ini adalah kenyataan yang diberikan oleh TM Roh, ketua bahagian peranti mudah alih Samsung selepas melakukan pertemuan dengan 30 pembekal syarikat bulan lalu. Kekurangan adalah dalam bentuk cip pemproses dan RF yang digunakan untuk rangkaian selular. Bagi mengelakkan isu ini dari berlaku di masa hadapan, Samsung kini melakukan pesanan komponen 4 minggu lebih awal serta melakukan perjanjian dengan faundri yang menghasilkan cip.

Kekurangan cip telahpun mengakibatkan Samsung menangguh pelancaran Galaxy S21 FE dan Galaxy Tab S8 selama beberapa bulan

Sumber The Elec

Komen