Cari @ Amanz

Kemas kini ke sistem operasi yang terkini amat dinantikan oleh pemilik Android kerana ia tidak berlaku secara serentak kepada semua pengguna global. Sejak awal bulan ini, Samsung mula memberikan kemas kini One UI 4 berasaskan Android 12 kepada pemilik peranti mercu mereka secara berperingkat. Minggu ini giliran Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 menerima kemas kini tetapi ia kini digantung serta merta.

Program kemas kini One UI 4 telah digantung selepas pengguna melaporkan pelbagai pepijat. Ini dalam bentuk pepijat kecil yang mengakibatkan aplikasi tidak beroperasi atau skrin berkelip. Tetapi dalam situasi lebih serius peranti terus tidak boleh digunakan dengan ia terus ke skrin bootloader selepas dikemaskini. Di Malaysia Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 masih belum menerima kemas kini bermasalah ini.

Sumber Android Community

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd