Cari @ Amanz

OnePlus sedia dijangka memperkenalkan telefon mercu mereka seawal Januari 2022 ini, iaitu OnePlus 10 yang hadir dengan cip mercu Snapdragon 8 Gen 1.

Selain daripada telefon pintar, kini hadir laporan mengatakan OnePlus akan memperkenalkan OnePlus Pad pada awal tahun 2022 kelak.

Dengan langkah ini, ia turut memperlihatkan OnePlus akan menyertai arena tablet pada tahun 2022 – lebih kurang sama seperti apa yang dijangka dilakukan oleh Oppo.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh OnePlus bersama tablet mereka – sama ada tablet biasa sahaja, atau turut menyertakan ciri-ciri khas menarik bersama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd