Imbau Kembali Stories Sepanjang 2021 Dengan Instagram Playback

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap hujung tahun, penggunaan Instagram akan menjadi lebih aktif daripada biasa. Ini kerana wujudnya trend, kongsi grid imej yang mengandungi 9 imej terhangat sepanjang tahun.

Dengan konsep yang sama, Instagram secara rasmi membenarkan pengguna mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun 2021 dengan Playback.

Ia adalah seakan fungsi Facebook Memories atau Google Photos Memories. Cuma, Instagram akan siarkan 10 Stories pengguna yang pengguna boleh sunting, tambah atau buang.

Instagram Playback akan terpapar di suapan pengguna, dan boleh terus menggunakannya. Jika tidak, tonton Stories rakan atau pengguna lain dan tekan pelekat 2021 untuk kongsi kenangan 2021 anda.

komen


© Amanz / 2022 Kami