Vivo Mengumumkan OriginOS Ocean – Lebih Interaktif, Ceria Dan Mesra Pengguna

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OriginOS adalah sistem operasi baharu daripada Vivo menggantikan FuntouchOS. Ia masih lagi berasaskan Android, tetapi mempunyai perubahan drastik yang cuba menawarkan pengalaman penggunaan seakan sistem operasi tersendiri.

Semasa ia diperkenalkan, Vivo memperlihatkan penggunaan widget yang lebih serius, antaramuka yang interaktif, rekaan yang ceria serta mesra pengguna. Kini sudah setahun, Vivo bersedia melancarkan pengganti/kemaskini – iaitu OriginOS Ocean.

Dalam OriginOS Ocean ini, Vivo menggunakan Origin Kit dengan banyak elemen rekaan dan widget serta ikon aplikasi yang hidup dan interaktif. Elemen rekaan ini menekankan penggunaan Nano atau juga Atom yang kecil dan mudah dikawal dengan kawalan gestur atau satu tangan. Ia juga dibina berasaskan Android 12 dengan sokongan tema adaptif.

Antara fungsi dan ciri baharu adalah mencipta folder di skrin utama dan ikon kini boleh diubah pengguna, kunci skrin baharu dengan akses pantas ke aplikasi kegemaran, pusat kawalan baharu, sistem gambaratar baharu serta tema Star Trek, pemain muzik nano dengan kawalan pada ikon aplikasi/gestur, sistem notifikasi baharu, multi-tugasan lebih mudah, aplikasi kamera baharu, kurang penggunaan memori dan storan dalaman, fokus terhadap sekuriti dan privasi dan banyak lagi.

Walaupun FuntouchOS sudah semakin hampir dengan OriginOS, OriginOS masih terhad di China. Mungkin sistem operasi yang ekstra pintar ini menfokuskan perkhidmatan di negara mereka terlebih dahulu?

Disebabkan itu, pengguna global akan masih kekal dengan FuntouchOS. Berikut adalah senarai peranti dan tarikh bila peranti vivo akan menerima kemaskini Ocean ini;

Bermula 30 Disember 2021

  • vivo X70 Pro+
  • vivo X70 Pro
  • vivo X70
  • vivo X60 Pro+
  • vivo X60t Pro+
  • vivo X60 Pro
  • vivo X60 Curved Screen Edition
  • vivo S10 Provivo S10
  • vivo S9
  • iQOO 8 Pro
  • iQOO 8
  • iQOO 7

Hujung Januari 2022

  • vivo X60
  • vivo X60t
  • iQOO 5 Pro
  • iQOO 5
  • iQOO Neo5
  • iQOO Z5
  • iQOO Z5x
  • iQOO Neo5 Vitality Edition

Hujung Februari ke March 2022

  • vivo X50 Pro+
  • vivo X50 Pro
  • vivo X50
  • vivo X30 Pro
  • vivo X30
  • vivo S10e
  • vivo S9e
  • vivo S7
  • vivo S7t
  • vivo S6
  • vivo NEX 3S
  • vivo T1

Sekitar April 2022

  • iQOO 3
  • iQOO Neo3
  • iQOO Z3
  • iQOO Z1
  • iQOO Z1x
  • vivo Y76s
  • vivo Y71t
  • vivo Y53s
  • vivo Y53s (t1 Edition)
  • vivo Y53s (t2 Edition)
  • vivo S7e Vitality Edition
  • vivo T1x
  • vivo Z6

komen


© Amanz / 2022 Kami