Samsung Mempatenkan Telefon Pintar Boleh Gulung Dengan Kamera

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mengikut laporan terkini IDC, Samsung kini di tempat kedua untuk pasaran peranti boleh-pakai. Mereka masih di belakang Apple tetapi nampaknya perubahan ke Wear OS membuahkan hasil untuk siri jam tangan pintar mereka. Langkah seterusnya mungkin melancarkan pula jam tangan pintar yang saiz skrinnya boleh berubah seperti Galaxy Fold.

Paten untuk jam tangan pintar dengan skrin boleh-gulung Samsung ditemukan oleh laman LetsGoDigital. Ia menunjukkan sebuah jam tangan pintar dengan skrin bulat mengembang ke sisi menggunakan skrin boleh-gulung. Saiz skrin boleh dikawal menggunakan tatalan jari dan juga pada tombol fizikal di sisi jam tangan pintar. Dengan skrin yang boleh menjadi lebih besar, ia boleh digunakan untuk menonton video dengan lebih selesa.

Menarik sekali sebuah kamera diletakkan betul-betul di bahagian tengah jam skrin. Samsung tidak lagi menyertakan kamera pada jam sejak Galaxy Gear pada tahun 2013 yang diletakkan pada bahagian tali. Paten yang menarik tetapi dengan skrin boleh gulung masih belum mempunyai ketahanan yang sama seperti skrin kaca, rekaan seperti ini mungkin belum cukup praktikal untuk dipasarkan kepada umum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami