Polygon Mengambil-Alih Firma Disebalik Protokol Rantaian-Blok Mir Pada Nilai $100 Juta + 190 Juta $MATIC

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa platform memfokuskan rantaian-blok, da salah satunya adalah Polygon yang terkenal dengan penawaran kriptowang $MATIC.

Terkini, dalam terus mengukuhkan kedudukan dalam arena rantaian-blok dan menjadikan penawaran mereka lebih efisien, Polygon telah mengambil-alih Predicate Labs yang membangunkan protokol rantaian-blok Mir.

Mir membangunkan tkenologi yang membolehkan pengurangan yuran transaksi, selain mempercepatkaan pemprosesan transaksi pada rangkaian Ethereum. Seperti ramai sedia maklum, transaksi pada rangkaian Ethereum sering melibatkan caj yang tinggi, dan terdapat beberapa penyelesaian yang dibangunkan diatas Ethereum yang mengatasi perkara ini.

Dengan pengambil-alihan Mir ini, ia akan diintegrasikan ke ekosistem Polygon, dan dikenali dengan nama Polygon Zero. Ini juga akan terus mengukuhkan kedudukan Polygon sebagai penyedia teknologi lapisan kedua yang lebih efisien dan pantas.

Untuk transaksi pengambil-alihan ini, Polygon membayar $100 juta secara tunai, dan baki 190 juta dalam bentuk token MATIC – sekaligus membawa kepada idea bagaimana pengambil-alihan akan berlaku pada masa akan datang dalam arena rantaian-blok ini yang melibatkan gabungan matawang biasa dan kriptowang.

komen


© Amanz / 2022 Kami