Google Play Games Akan Hadir Ke PC Pada 2022

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Play Games merupakan salah satu ciri pada peranti Android, yang membolehkan anda menyimpan profil, menyimpan data permainan secara atas-talian, menyemak ranking bersama rakan-rakan dan melihat pelbagai pencapaian anda dalam permainan.

Ia selama ini hanya ditawarkan pada platform Android, dan kini hari ini ia diumumkan Google Play Games turut akan hadir ke platform PC pada tahun 2022 kelak.

Dengan memperluaskan penawaran platform ini, ia sekaligus akan membolehkan para pemain membawa pengalaman daripada permainan kegemaran mereka ke platform Windows, selain menguruskan pelbagai data berkaitan permainan dibawah satu platform.

Dan menariknya, melalui video acah yang dipertontonkan, Google dilihat akan turut menawarkan kebolehan memainkan permainan mudah-alih pada skrin komputer. Ini bermakna, terdapat kemungkinan yang pihak Google akan menawarkan perisian Google Play Games untuk Windows, sekaligus memudahkan pengguna memainkan permainan kegemaran, menguruskan profil dan sebagainya.

Pada masa yang sama, ia akan membolehkan para pengguna menikmati permainan Android kegemaran pada Windows. Pengguna juga boleh memainkan permainan pada telefon Android, dan kemudian menyambungnya pada komputer Windows. Google Play Games untuk PC ini akan menyokong Windows 10 dan terkini, dan dibangunkan sepenuhnya oleh Google.

Apa pun, sama-sama kita nantikan informasi lanjut berkaitan Google Play Games untuk Windows ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami