Cari @ Amanz

Realme Pad telah diperkenalkan sekitar sekitar bulan September yang lalu dan ia ditawarkan di Malaysia dalam beberapa variasi pada harga bermula RM899. Ia merupakan tablet pertama daripada jenama berkenaan yang didatangkan dengan cip MediaTek Helio G80.

Dalam perkembangan terbaru, Realme dikhabarkan dalam perancangan untuk hadir dengan sebuah lagi tablet mampu milik. Ia berikutan terdapatnya markah penanda aras di Geekbench untuk sebuah peranti misteri Realme dengan nombor model RMP2105 telah tertiris.

Ia menunjukkan peranti berkenaan akan didatangkan dengan cip pemprosesan daripada Unisoc yang dipadankan dengan memori 3GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 11. Namun begitu, cip berkenaan tidak pula didedahkan secara khusus.

Selain itu, penyenaraian turut memperlihatkan kutipan markah penanda aras untuk peranti. Di mana, ia memperoleh sebanyak 363 mata untuk ujian satu teras. Seterusnya, ujian pelbagai teras pula menunjuk sebanyak 1330 mata.

Buat masa ini, itu sahaja informasi yang diketahui. Tidak diketahui lagi bilakah peranti Realme ini akan dilancarkan, tetapi apa-apa pun nampaknya Realme cuba menyediakan lebih banyak pilihan tablet buat penggunanya.

Sumber : 91Mobiles

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd