MSI Malaysia Kini Hadir Dengan Jualan Akhir Tahun Untuk Komputer-Komputer Riba Mereka

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda sedang mencari komputer riba berkuasa tidak kira untuk tujuan produktiviti ataupun riadah, tetapi tidak mahu membelanjakan wang terlalu banyak, MSI Malaysia kini hadir dengan jualan hujung tahun dengan menawarkan diskaun menarik untuk komputer-komputer riba mereka.

Bermula 1 hingga 31 Disember 2021, anda boleh memilih untuk mendapatkan komputer-komputer riba MSI seperti MSI Katana, MSI GF65 Thin, MSI GE66 Raider, MSI Z16 Creator ataupun MSI Modern 14 dengan harga diskaun sehingga RM1000 untuk komputer-komputer riba ini.

Bergantung kepada komputer riba yang dibeli, anda juga berpeluang memenangi hadiah percuma seperti tetikus, beg komputer riba, penutup folder dan sebagainya. Untuk mendapatkan hadiah-hadiah ini, selepas pembelian komputer riba yang ditawarkan, anda hanya perlu mendaftar akaun MSI, memuat-naik bukti pembelian, dan MSI Malaysia akan menghantar hadiah tersebut ke lokasi anda.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang model-model komputer riba yang ditawarkan dalam jualan ini, anda boleh melayari laman web promosi MSI Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami