Nokia T20 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 12.12

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia Malaysia telah mengacah pengenalan tablet terbaru untuk pasaran tempatan, dan kini mengesahkan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 12.12 kelak.

Nokia T20 merupakan tablet dengan skrin 10.4-inci, dijana cip Unisoc Tiger T610, memori 4GB RAM dan storan sehingga 64GB.

Tablet ini dilengkapi dengan Android 11, dan menjanjikan kemaskini sekuriti selama tiga tahun, selain beberapa ciri tambahan seperti Google Kids Space dan Google Entertainment Space.

Untuk pengguna tempatan, Nokia T20 turut akan ditawarkan bersama-sama dengan “flipcase” untuk melindungi peranti.

Sama-sama kita nantikan 12.12 ini untuk mengetahui harga jualan Nokia T20 untuk pasaran tempatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami