Digi Perkenal Pelan Prabayar Baru Dengan Pengoptimasian Untuk Permainan Video – RM68 Sebulan

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digi hari ini memperkenalkan pelan prabayar terbaru mereka, dinamakan RDY. Pelan prabayar baru ini ditujukan kepada para peminat permainan video, dan turut hadir dengan 50GB kuota data bulanan.

Digi RDY ini memfokuskan penawaran data tanpa had untuk permainan video. Buat masa ini, permainan yang disokong dibawah penawaran tanpa had adalah Mobile Legends, PUBG Mobile, COD Mobile, FreeFire, Arena of Valor, League of Legends, dan juga Wild Rift.

Pada masa yang sama, Digi RDY turut mengatakan pelan mereka menawarkan kadar pendam yang sangat rendah berbanding syarikat telekomunikasi lain – sekaligus menawarkan pengalaman permainan yang baik.

Bukan sekadar itu, Digi RDY turut menawarkan pulangan kredit permainan sebanyak 5% apabila membuat pembelian kredit permainan melalui kedai aplikasi, Garena atau Codashop.

Selain itu, pelan RDY turut hadir dengan sokongan panggilan percuma tanpa had ke semua talian.

Pelan Digi RDY ini hadir pada harga RM88 sebulan, tetapi kini ditawrkan pada harga RM68 sebulan untuk masa terhad. Pengguna Digi sedia ada boleh ke pelan ini dengan mendail *128#, dan seterusnya memilih My Account > Call Plan > Digi Prepaid RDY.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami