Samsung Mungkin Perkenal Galaxy S22 Note – Versi Galaxy S22 Dengan S-Pen
Aman
Beberapa minggu lepas, kita sedia melihat tertirisnya gambar Galaxy S22 Ultra yang mana merupakan variasi Galaxy S22 dengan integrasi ruangan khas S-Pen. Lanjutan daripadanya, kini hadir desas-desus mengatakan Galaxy S22 Ultra ini akan dikenali dengan nama Galaxy S22 Note.

Sekiranya desas-desus ini tepat, maka kita mungkin melihat ia disasarkan kepada para peminat siri Galaxy Note – memandangkan siri berkenaaan tidak lagi diteruskan.

Galaxy S22 Note dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200, dan juga dilengkapi dengan kamera 108MP generasi terbaru. Dan semestinya yang akan mencuri perhatian pada telefon pintar ini adalah penyertaan S-Pen yang mungkin turut memperkenalkan beberapa ciri baharu bersama dengannya.
Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S22 ini sekitar bulan Februari 2022 ini.