Canon Menghasilkan Sensor Yang Mengambil Gambar Berwarna Dalam Keadaan Gelap Gelita

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adalah mustahil untuk menangkap gambar dalam situasi gelap gelita kerana sensor CMOS memerlukan cahaya untuk “melihat”. Sensor baharu perlu dibangunkan untuk penggunaan dalam situasi gelap gelita. Canon nampaknya telah berjaya menghasilkan sensor yang boleh mengambil gambar berwarna dalam situasi ini.

Sensor SPAD (single photon avalanche diode) sebesar 3.2 MP dibangunkan oleh Canon ini memerlukan jumlah photon cahaya yang lebih kecil untuk melihat dalam kegelapan. Hasilnya ialah kemampuan melihat dalam gelap sensor SPAD adalah sehingga 10 kali ganda berbanding sensor CMOS.

Canon dijangka menggunakan sensor ini untuk kegunaan kamera keselamatan litar tertutup, kereta swapandu, automasi kilang dan terdapat juga keperluan ketenteraan. Gogal pandangan malam sekarang melihat dunia dalam warna hijau tetapi pihak tentera telah lama mencari sistem kamera pandangan malam warna penuh.

Sumber Gizmodo

komen


© Amanz / 2022 Kami