Facebook Menguji Ciri Bantuan Chat Langsung Untuk Pengguna Dengan Masalah Mengakses Akaun

Diterbitkan pada Dis 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook kini mengumumkan mereka telah memulakan sokongan bantuan secara masa-nyata melalui chat langsung pada aplikasi Facebook.

Buat masa ini, khidmat bantuan langsung ini ditawarkan untuk mereka yang menggunakan bahasa Inggeris pada aplikasi, dan ia terhad kepada mereka yang menghadapi masalah mengakses akaun Facebook – terutamanya kerana dikunci disebabkan oleh aktiviti yang meragukan, atau kerana melanggar piawaian komuniti.

Untuk makluman, sebelum ini bantuan perlu dimohon melalui Facebook Support, yang kadang-kala mengambil masa lama untuk menerima maklumbalas.

Dengan sokongan chat langsung ini, ia dijangka akan dapat memberikan bantuan dengan lebih pantas kepada pengguna dan mengurangkan kerisauan mereka, selain menyelesaikan sesuatu masalah dengan pantas.

komen


© Amanz / 2022 Kami