Carian
Kerangka Siri Xiaomi 12 Tertiris Menunjukkan Rekaan Bonggol Kamera Yang Aneh
December 11, 2021 Effi Saharudin

Xiaomi 12 dijangka akan dilancarkan esok sebagai peranti pertama Xiaomi menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Sebelum ini hanya rekaan Xiaomi 12 telah tertiris menunjukkan rekaan bonggol kamera yang berbeza dari Mi 11 sebelum ini. Hari ini rekaan kerangka untuk Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 Ultra telah tertiris ke arena web.

Yang menjadikan imej di atas menarik ialah konfigurasi kamera pada 12 Ultra yang aneh.dengan banyak kamera serta sensor. Bonggol kamera juga dilihat menggabungkan bentuk empat segi dan bulat yang cukup besar. Lapan lubang dapat dilihat di belakang juga memberikan petunjuk sensor 3D ToF serta warna mungkin disertakan. Seperkara lagi nampaknya skrin sekunder yang digunakan pada 11 Ultra tidak akan kembali.

Sumber Gizchina

Komen