Carian
Bitdefender Menamatkan Penawaran Bitdefender Antivirus Free Edition Untuk Windows
December 11, 2021 Aman

Bitdefender merupakan salah satu perisian antivirus yang digunakan ramai dalam melindungi komputer mereka daripada serangan virus. Selepas menawarkan edisi percuma kepada pengguna Windows, kini Bitdefender mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Bitdefender Antivirus Free Edition untuk Windows.

Tiada lagi muat-turun baharu disediakan bermula Disember 2021 ini, dan pengguna sedia ada akan disokong sehingga Jun 2022 kelak.

Bitdefender mengatakan mereka memfokuskan kepada pembangunan multi-platform mereka dalam terus menawarkan pelindungan kepada pengguna.

Bagi pengguna sedia ada juga, anda akan diberikan dengan kod diskaun untuk produk Bitdefender Total Security.

Komen