Google Fonts Knowledge Dilancarkan Untuk Mengajar Asas Reka Huruf Dan Reka Letak

Diterbitkan pada Dis 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jenaka dua tahun yang lalu ialah logo rasmi Tahun Melawat Malaysia yang sangat buruk kerana melanggar pelbagai garis panduan rekaan. Ia mendedahkan bagaimana ramai di luar sana tidak mempunyai asas penggunaan reka huruf dan reka letak yang asas untuk menghasilkan rekaan yang senonoh. Kini tiada alasan lagi untuk terus melakukan kesilapan kerana lama Google Fonts Knowledge telah dilancarkan.

Menerusi Google Fonts Knowledge, pelawat boleh mempelajari asas memilih reka huruf yang paling sesuai untuk kandungan yang ingin disampaikan bersama dengan asas reka letak bagi mengelakkan kesilapan seperti Kementerian Pelancongan berlaku sekali lagi.

Terdapat maklumat mengenai terma yang digunakan dalam industri, garis panduan rekaan yang selamat serta pilihan reka huruf sumber terbuka yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Fonts. Bagi mereka yang ingin mempelajari asas rekaan grafik tanpa perlu membelanjakan wang, Google Fonts Knowledge ialah portal yang boleh diakses sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami