Norton Life Lock Kini Menawarkan Imbasan “Dark Web” Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Dis 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Norton Life Lock yang terkenal dengan penawaran sistem sekuriti dan perlindungan Norton 360, kini telah memperkenalkan ciri baharu untuk pengguna di Malaysia, iaitu perlindungan daripada Pemantauan Web Tertutup (Dark Web Monitoring).

Melalui ciri baharu ini, Norton 360 akan melakukan imbasan, dan memberikan amaran kepada pengguna berkenaan potensi ancaman terhadap ideentiti mereka. Norton 360 menjayakan perkara ini dengan sentiasa melakukan carian di Dark Web untuk alamat emel peengguna, selain data peribadi yag lain. Sekiranya data pengguna ditemui, ia akan memberikan notifikasi kepada pengguna berkenaan.

Perlindungan baharu ini ditawarkan kepada pengguna Norton 360 Premium, Norton 360 Deluxe, dan juga Norton 360 for Gamers.

Perlindungan ditawarkan kepada sehingga lima alamat emel, dan juga nombor telefon, selain sehingga 10 kad kredit dan juga “gamer tag”. Pengguna boleh menikmati ciri ini tanpa sebarang kos tambahan kepada langganan mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami