Selangor FC Menjadi Kelab Bola Sepak Pertama Menawarkan Koleksi NFT Tersendiri

Diterbitkan pada Dis 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kelab Bola Sepak Selangor, atau turut dikenali dengan nama “Red Giants”, kini turut telah menyertai arena NFT, dan melancarkan koleksi mereka tersendiri melalui laman Pentas dan OpenSea.

Koleksi dinamakan RGNFC ini atau nama panjangnya Red Giants NFT hadir dengan beberapa kelebihan kepada pemiliknya yang memberikan akses kepada pelbagai aktiviti digital. Ini termasuk acara digital seperti melihat video latihan, bertemu pemain scara digital, selain melakukan beberapa undian terhadap idea kelab.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak koleksi NFT daripada Kelab Bola Sepak Selangor hari ini di Pentas atau di OpenSea. Anda juga boleh ke laman SelangorFC NFT untuk menyemak penuh berkaitan dengan penawaran yang dijanjikan melalui RGNFC ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami