Nokia Mobile hari ini telah mengumumkan penawaran tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia T20.
Nokia T20 hadir dengan skrin 10.4-inci, dijana cip Unisoc T610, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menyokong paparan 2K, sekaligus dioptimasikan untuk menikmati kandungan multimedia melaluinya, disamping turut menambah ciri Google Kids Space khusus untuk kanak-kanak.
Nokia T20 hadir dengan Android 11, disamping turut hadir dengan kemaskini sistem operasi selama 2 tahun, dan kemaskini sekuriti bulanan selama 3 tahun.
Dari segi bateri, Nokia T20 menawarkan sokongan penggunaan bateri sehingga 15 jam untuk pelayaran web, atau menikmati filem selama 10 jam lamanya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Nokia T20 ini pada harga RM1099 di Malaysia.