Cari @ Amanz

Xiaomi kini telah mengumumkan pengenalan teknologi bateri baharu, yang dijangka bakal digunakan pada peranti keluaran mereka pada pertengahan kedua 2022 kelak.

Teknologi bateri baru ini membolehkan Xiaomi memuatkan lebih banyak kapasiti – sehiingga 10% pada saiz bateri yang sama. Ini sekaligus membolehkan masa penggunaan sesuatu peranti ditingkatkan sehingga 100 minit.

Xiaomi dilihat berjaya meningkatkan kandungan silikon dalam bateri sehingga tiga kali, sekaligus menjadikan kapasiti storan lebih efisien berbanding bateri lain pada hari ini. Selain itu, sebuah cip khusus turut disertakan dalam mengawal algoritma dan meningkatkan keselamatan bateri berkenaan – termasuk memantau pengecasan yang sering dilakukan sepanjang malam.

Xiaomi menyasarkan bateri baharu ini dikeluarkan untuk peranti pada pertengahan kedua 2022 kelak. Dengan penggunaan lebih tenaga pada peranti hari ini – termasuk skrin pada kadar segar semula tinggi, semestinya teknologi baharu ini akan membolehkan penggunaan peranti untuk tempoh lebih lama berbanding kebiasaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd