Cari @ Amanz

Pada TikTok, salah satu ciri yang agak popular digunakan adalah dimana pengguna boleh membalas sesuatu komen dengan video TikTok tersendiri – sekaligus menambah lagi video perkongsian oleh sesuatu pengguna.

Kini, pihak Instagram turut membawa ciri yang lebih kurang sama ke platform Reels mereka.

Dinamakan Reels Visual Replies, kini pengguna boleh membalas sesuatu komen pada Reels itu dengan video Reels tersendiri – sekaligus menjadikan interaksi lebih interaktif berbanding hanya membalas teks.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepadaa semua pengguna Instagram seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd