Vivo Y15A Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM649

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini hadir dengan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Y untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Vivo Y15A, peranti ini dijual pada harga RM649 untuk sebuah dengan beberapa pilihan warna seperti Wave Green serta Mystic Blue. Bagi yang berminat, anda suda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi, Shopee, Lazada dan mana-mana pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia sekarang juga.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y15A didatangkan dengan skrin bersaiz 6.51-inci LCD dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM, memori dalaman 64GB dan bateri sebesar 5000mAh. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem dwi-kamera dengan tetapan 13MP+2MP dan kamera hadapan pula adalah 8MP. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong sambungan bluetooth 5.0, port pengecasan microUSB dan sebagainya.

Beli : Vivo Y15A

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami