Infinix Hot 11 Play Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM469

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix Malaysia kini memperluaskan lagi penawarannya dengan kehadiran sebuah lagi peranti. Ianya adalah Infinix Hot 11 Play yang dilancarkan terlebih dahulu di Afrika, tempoh hari. Bagi yang berminat, peranti ini dijual pada harga RM469 untuk model 3GB/32GB. Sementara itu, model 4GB/64GB berharga RM519 dan model 4GB/128GB pula berharga RM559.

Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Shopee dan Lazada. Namun begitu, hasil tinjauan kami mendapati hanya model 4GB/64GB sahaja yang tersedia buat masa ini. Manakala dua lagi model hanya sekadar disenaraikan sahaja – berkemungkinan akan ditawarkan pada masa akan datang.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Hot 11 Play didatangkan dengan paparan sejenis IPS LCD berukuran 6.82-inci beresolusi HD+. Terdapat kamera swafoto tunggal sebesar 8MP yang diletakkan pada dalam takuk kecil bersama skrin sejenis rata. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G35, memori sebesar sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB.

Tetapan kamera adalah 13MP + AI Lens. Peranti juga boleh merakam video mencapai 1080/30fps. Bateri yang disertakan pula adalah 6,000mAh. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, menjalankan sistem Android 11 berasaskan antara muka XOS 7.6 dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami