Siri Realme GT2 Bakal Dilancarkan Pada 20 Disember 2021

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu tidak lama lagi menerusi model Realme GT 2. Tarikh pelancaran rasminya juga kini telah didedahkan yang mana ia dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini. Pada masa sama, penggunaan perkataan siri pada poster pelancaran tular jelas menunjukkan peranti berkenaan akan ditawarkan dalam beberapa variasi berbeza.

Salah satu daripadanya adalah Realme GT2 Pro dan beberapa informasi mengenainya telah tertiris sejak kebelakangan ini. Menariknya, peranti ini juga akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen1 yang menurut skor Antutu tertiris mencapai lebih 1 juta. Di samping itu, spekulasi turut mendakwa peranti ini mungkin dibekalkan memori 12GB RAM bersama storan dalaman mencapai 1TB dan menyokong kamera hadapan di bawah skrin.

Tidak banyak informasi mengenai spesifikasi pada peranti yang diketahui buat masa ini. Seperti biasa, Realme semestinya akan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

Sumber : Sparrow News

komen


© Amanz / 2022 Kami