Selongsong Pelindung Huawei Mate V Tertiris – Seakan P50 Yang Dilipat

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sudah pun ada beberapa model telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat. Huawei menggunakan siri Mate sebagai nama untuk peranti premium ini, dan setakat ini mereka masih tidak mempunyai pesaing kepada Z Flip kecuali dengan nama Mate V yang sudah kedengaran beberapa kali tapi masih tiada khabar.

Baru-baru ini, Ice Universe telah mendedahkan selongsong pelindung Huawei Mate V. Aksesori pelindung ini dilihat menggunakan konsep rekaan standard peranti dengan skrin boleh lipat, iaitu ia terbahagi kepada dua. Ini adalah aksesori jenama pihak ketiga yang biasanya bila sudah wujud pelancaran peranti adalah semakin hampir.

Panel belakang peranti dilihat mempunyai dia lubang besar untuk modul kamera yang mungkin mirip Huawei P50. Jadi besar kemungkinan peranti ini mungkin P50 dengan spesifikasi lebih rendah yang skrinnya boleh dilipat. Huawei sejak ke belakangan ini semakin aktif dan rancak dalam pelancaran produk. Tahun hadapan mungkin ada peluang untuk Huawei kembali bangkit. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami