Cari @ Amanz

Akhirnya, Oxygen OS 12 berasaskan Android 12 diedarkan kepada pengguna OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Kali ini, Oxygen OS bukan lagi berasaskan Android asli yang semua kenal, tetapi adalah berasaskan ColorOS daripada Oppo yang menghampiri Android asli.

Untuk pengguna Oppo atau Realme jika beralih kepada OnePlus mungkin akan rasa menarik dan satu peralihan yang mudah. Tetapi pengguna asal OnePlus mungkin akan rasa sedikit aneh.

Oxygen OS 12 untuk OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro hadir dengan banyak kemaskini, antaranya untuk privasi dan sekuriti, antaramuka baharu, penggunaan kuasa lebih baik, prestasi lebih lancar dan banyak lagi.

Tetapi atas laporan pengguna yang kemaskini ini ada banyak pepijat, OnePlus telah menarik kembali kemaskini ini dan menangguhkan pengedarannya. Ramai katakan selepas mengemaskini, peranti mereka mengalami masalah teruk dan hanya dengan format penuh tetapan semula seakan baru beli peranti barulah Android 12 ini rasa lebih elok lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd