Vingroup Akan Membangunkan Kilang Bateri Kereta Elektrik Mereka Sendiri

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vingroup, ibu syarikat jenama kenderaan VinFast keluaran Vietnam boleh dikatakan jenama automotif yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara sekarang. Mereka dilihat mengeluarkan kenderaan petrol dan diesel pada tahun 2019, dan mempunyai aspirasi untuk mengeluarkan kenderaan elektrik mereka sendiri untuk kegunaan tempatan dan untuk dipasarkan di luar negara.

Untuk membantu mencapai aspirasi tersebut, Vingroup dilaporkan akan membangunkan kilang bateri kereta elektrik mereka di Ha Tinh yang dijangka akan bernilai $174 juta (~RM732 juta) untuk memesatkan lagi pembangunan kenderaan tersebut.

Walaupun VinFast dilihat sudahpun bekerjasama dengan StoreDot, Gotion High-Tech dan ProLogium untuk teknologi bateri kenderaan mereka, VinFast dilihat mahu membangunkan bateri-bateri mereka secara tempatan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai bateri mencukupi yang boleh diakses dengan mudah untuk mengelakkan masalah yang membelenggu pelbagai syarikat-syarikat automotif yang lain.

Dengan kilang ini, VinFast juga akan membuat penyelidikan untuk membangunkan bateri mereka sendiri di masa akan datang, dimana ia mungkin dilihat bahawa mereka akan membekalkan komponen ini ke jenama-jenama pembuat kereta elektronik yang lain, khususnya apabila ia dapat dilihat bahawa banyak jenama automotif lain sedang menghala ke arah pembangunan kenderaan elektrik mereka sendiri.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami