Project FlyZero Kerajaan UK Ingin Membangunkan Pesawat Penumpang Berkuasa Hidrogen

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kapal terbang ialah pengangkutan yang paling mencemarkan alam sekitar. Bagi menjadikan industri aeroangkasa lebih setanding dengan industri automotif, usaha untuk menjadi kapal terbang penumpang lebih mesra alam sedang giat dijalankan. Isu utama ialah penggunaan bateri li-ion pada kapal terbang bukan sahaja berbahaya tetapi juga membuatkan pesawat menjadi terlalu berat.

Kerajaan UK telah mengumumkan Project FlyZero bagi membangunkan kapal terbang penumpang yang menggunakan bahan api hidrogen cecair. Pesawat dwi-enjin dengan kapasiti 279 penumpang serta jarak operasi sehingga 9273 kilometer ingin dibangunkan oleh projek ini. Pakar-pakar industri aeroangkasa United Kingdom akan bergabung untuk menghasilkan tiga konsep pesawat.

Konsep terawal yang diperlihatkan masih mempunyai rekaan seperti pesawat jet semasa tetapi dengan bahagian tubuh yang lebih besar seperti ikan gapi. Bahan api yang lebih banyak diperlukan kerana hidrogen cecair tidak mengeluarkan tenaga yang setanding dengan bahan api jet semasa. Project FlyZero berharap menjelang 2030 pesawat berkuasa hidrogen akan akhirnya mempunyai kos operasi yang setanding dengan pesawat semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami