NVIDIA nampaknya akan memperkenalkan model terbaru siri kad grafik NVIDIA GeForce MX mereka melalui model NVIDIA GeForce MX550 yang bakal hadir untuk siri komputer riba nipis dan ringan.
Apa yang menarik mengenai kad grafik MX550 ini ialah ia menggunakan salah satu varian cip pemprosesan NVIDIA Ampere yang digunakan untuk menguasakan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 mereka. ITHome, sebuah laman web teknologi China mengatakan bahawa sebuah komputer riba Lenovo hadir dengan kad grafik bernama “NVIDIA Graphics Device” yang berkemungkinan besar ialah kad grafik NVIDIA GeForce MX550 ini.
Hadir dengan 16 Compute Unit, kad grafik ini hadir dengan 2048 teras CUDA, dan 2GB memori GDDR6 dan dijangka menggunakan cip grafik GA107 sama yang digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050. Apabila dibandingkan dengan kad grafik FeForce MX450, ia dilihat cip ini hadir dengan dua kali ganda lebih banyak teras.
Dari segi prestasi, kad grafik ini dilihat dengan penambahbaikan prestasi 15 peratus lebih baik apabila dibandingkan dengan model sebelum ini, iaitu NVIDIA GeForce MX550 berdasarkan penanda-aras Geekbench. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakan prestasi kad grafik ini di dunia sebenar apabila dibandingkan dengan model sebelum ini, tetapi ia dijangka akan memperlihatkan penambahbaikan hebat khususnya kerana ia menggunakan cip grafik Ampere yang terbaru.
Sumber: ITHome