Telefon Boleh-Lipat Dijangka Berharga Sekitar Telefon Mercu Biasa Bermula Tahun 2022

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, telefon boleh-lipat membawakan tanda harga yang sangat tinggi, sekaligus membuatkan bukan semua boleh menggunakannya. Namun, perkara ini dijangka akan berubah seawal tahun 2022 atau 2023 kelak.

Dengan lebih ramai menyertai arena telefon boleh-lipat, selain kos komponen yang semakin berkurangan apabila dikeluarkan secara besar-besaran, harga jualan telefon boleh-lipat dijangka akan lebih kurang sama dengan telefon mercu biasa di pasaran.

Trend ini sudah dapat dilihat bermula tahun ini lagi, dimana Samsung telah mula mengurangkan harga jualan telefon boleh-lipat – membolehkan Galaxy Z Flip3 5G didapati pada harga RM3999.

Dengan lebih ramai menyertai arena ini, termasuk Oppo dan Huawei, harga jualannya dijangka akan berkurangan – sekaligus membolehkan lebih ramai menikmati dan menggunakan telefon dengan skrin boleh-lipat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami