Cari @ Amanz

Panasonic Akan Mengurangkan Pengeluaran Televisyen – Memilih TCL Untuk Penyumberluaran

Link Copied!

Televisyen juga kini sudah menjadi satu produk yang hampir semua orang akan memiliki satu. Tidak lagi terkejut jika sebuah rumah akan ada lebih daripada satu televisyen.

Pengeluar telefon pintar juga telah menceburi arena televisyen bagi melengkapkan ekosistem mereka agar semua produk mesra digunakan di antara satu sama lain.

Panasonic terkini dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran televisyen. Mereka dikatakan mengalami masalah kewangan yang serius sehingga terpaksa menutup dua daripada empat kilang utama bagi menjimatkan kos. Menurut sumber, perniagaan televisyen Panasonic tidak lagi dikira sebagai sumber pendapatan utama syarikat ini.

Selain itu, Panasonic juga tidak akan berhenti lagi menghasilkan televisyen mereka. Sebaliknya akan melakukan penyumberluaran bersama TCL bagi menjayakan lagi produk-produk televisyen mereka.


Komen ()